Ayam Goreng Madu Berempah

Resipi Ayam Goreng Madu Berempah (sumber: Potret Kasih)

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)

Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
  3. Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
  4. Hidangkan panas2 setelah masak.

4 comments:

  1. Ayam kalau digoreng cara manapun tetap kegemaran saya. Syoknya makan ayam

    ReplyDelete
  2. Try la resepi ni... SEDAPP!

    ReplyDelete
  3. sila2... sgt sedap!
    gambo dah tgkp... tp tak sempat nak boh lagi. :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Order Form

Nama:
Email Address:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk & Kuantiti:
Nak bayar ke bank:

This form powered by Freedback