Resepi nih dah penah try sebelum nih... (ni yg paling senang n sedap!!!) tp tak termasuk blog lagi.
Ha...kali nih saya share di sini... dgn gambo skali!
Yang best tentang resepi nih ialah dia tak pakai tomato puree! Saya suka, sebab kalau beli tomato puree, pakai 2-3 sudu ja, selebihnya slalu terbuang (sebab simpan lama sgt dlm fridge tuh!). Membazir sungguh!
So... resepi nih saya gunakan bahan-bahan yang ada di rumah ja.
Apapun... Selamat mencuba! :D
Sumber: choppy @ myresipi
Bahan-bahan (utk 4 org):
2 cawan beras basmathi (hu...sy pakai beras biasa ja)
2 biji tomato - potong dadu
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan (hu...sy tak pakai)
sedikit garam
Bahan menumis
2 sudu mentega / minyak sapi (sy pakai marjerin jer... :P)
2 cm kulit kayu manis (pakai sebatang pun boleh...)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 ulas bawang besar - hiris
Hiasan: Bawang goreng (hu...sy tak boh)
Notes: Cawan sukat air & susu mesti lah cawan yg sama menyukat beras.
Cara-cara:
- Cuci beras, rendam 5-10 minit & tos kan. (kalau pakai beras biasa, tak payah rendam)
-
Panaskan marjerin, tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
Tumis dalam rice cooker di atas api dapur. -
Masukkan beras. Kacau sebentar dalam 1-2 minit.
Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam.
Ooops! Saya termasuk tomato skali ngan beras! Boleh jer... :P - Masaklah nasi macam biasa (periuk tuh boh dlm cooker dia).
-
Dah siap, tabur bawang goreng... SIAP!!! :D
wah.. mesti sedap ni kan... :-)
ReplyDeletesedappp... :)
ReplyDeletewahhh...nak cuba jugak ^_^
ReplyDeletehe... sila2 diba! konpem tak mengecewakan..! :D
ReplyDeletesuka la resepi ni..nmpak simple je..
ReplyDelete